LAHAD DATU: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan tempoh tahanan reman 13 remaja lelaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki kolej vokasional disambung hingga 4 April ini.
Majistret Nur Asyraf Zolhani membenarkan permohonan pegawai penyiasat kes ASP Suddin Tjinke agar tempoh reman dilanjutkan bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan diteruskan terhadap kesemua pelajar berusia 16 hingga 19 tahun itu.
Mereka ditahan pada 22 Mac lepas selepas Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan serta lebam pada beberapa bahagian badan di atas lantai bilik asrama di kolej vokasional di sini.
Kesemua remaja itu kemudiannya ditahan reman enam hari bermula 23 Mac.
Sebelum ini Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dr Rohan Shah Ahmad dilaporkan berkata siasatan polis mendapati isu kehilangan wang dua pelajar, masing-masing berjumlah RM50 dan RM35, menjadi punca perselisihan faham sehingga mengakibatkan kematian mangsa yang dituduh mencuri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024
Mangsa ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan serta lebam pada beberapa bahagian badan di atas lantai bilik asrama di kolej berkenaan. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 28 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Keputusan SPM 6A, pelajar hidap angin ahmar ingin jadi guru
Siti Nur Amalin memilih untuk mengulang kaji pelajaran secara bersendirian selain membuat latihan dan sentiasa fokus ketika guru mengajar.
Showcase The A.C.A.B. selepas 18 tahun bakal gamit nostalgia
Selepas 18 tahun berehat, The A.C.A.B Kembali dalam sebuah showcase mempersembahkan lagu dalam satu-satunya album dan barisan anggota asal menerusi This Is The A.C.A.B - Indie Nostalgic Showcase 2024.
SPM 2023: 1,100 calon MRSM peroleh semua A - MARA
Seramai 1,100 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bagi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) memperoleh semua A dalam peperiksaan itu berbanding 1,006 calon pada tahun sebelumnya.
AWANI Tonight: 27th May 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- MMA Poll: Only 5% Of public hospitals, clinics have enough manpower
- Israeli strike on Rafah draws international criticism
- MMA Poll: Only 5% Of public hospitals, clinics have enough manpower
- Israeli strike on Rafah draws international criticism
SMEC akan dijadikan acara tahunan - Abang Johari
Abang Johari berkata pengamal media seharusnya menyesuaikan diri dengan proses migrasi teknologi masa kini.
AWANI Ringkas: Tujuh kenderaan rosak di Puchong
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Israeli strike on Rafah draws international criticism
An Israeli air strike on a refugee camp in Rafah has drawn condemnation from European leaders, just two days after the International Court of Justice ordered it to halt its military operations in the southern Gaza city.
AWANI Tonight: Faisal Halim moved to secret location for recovery
After being discharged from hospital on Sunday, Selangor FC player Faisal Halim has been moved to a secret location for security reasons to allow him to fully recover.
Warga emas ditemukan mati di ladang kelapa sawit - Polis
Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun ditemukan mati di ladang kelapa sawit dekat Pasir Layang, Kampung Bunut Saih, petang semalam.
Diseterika senior gara-gara enggan bersalaman
SEORANG pelajar Madrasah Tsanawiyah (MTs) di Semarang, Indonesia melecur di bahagian badannya selepas diseterika oleh senior di sekolah terbabit.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan
Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah, demikian putus Mahkamah Persekutuan.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Kematian pelajar KV Lahad Datu: Reman 13 remaja lelaki disambung
Mahkamah Majistret membenarkan tempoh tahanan reman 13 remaja lelaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki kolej vokasional disambung hingga 4 April ini.
KPM siasat kes buli pelajar sekolah
KPM menjalankan siasatan berkaitan video tular menerusi media sosial melibatkan kes salah laku buli pelajar sekolah.
Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.
KPM siasat dakwaan pelajar lari dari sekolah akibat dibuli
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan dakwaan kes buli melibatkan seorang pelajar sekolah baru-baru ini, bagi memastikan isu itu dapat diselesaikan segera.
Kementerian tambah warden 63 peratus atasi kes buli- Fadhlina
Kementerian Pendidikan telah menambah bilangan warden sebanyak 63 peratus bermula 1 Ogos 2022 sebagai langkah pencegahan kes buli.
KPM beri jaminan setiap aduan buli akan disiasat
Setiap aduan itu akan disiasat mengikut prosedur satu hari aduan, tiga hari siasatan dan tujuh hari penyelesaian.